Bismillahirrahmaanirrahim,
Mu'min itu adalah orang yang takutkan Allah dengan seluruh anggotanya ,kata Al Faqih Abu Laith,tanda takutkan Allah itu terzahir pada 7 perkara:
1- Lisan
Lisannya menghalangnya daripada pendustaan dan ghibah (umpatan ) ,namimah (adu domba) dan fitnah serta percakapan yang sia-sia.
Lisannya disibukkan dengan mengingati Allah SWT ,tilawah al-Quran dan Muzakarah Ilmiah.
2-Hati
Hatinya selamat daripada permusuhan dan fitnah serta hasad dengki kepada saudaranya,yang demikian itu kerana Hasad itu menghapuskan kebaikan sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW : Hasad itu memakan pahala kebaikan sepertimana api memakan kayu api.( Gambaran cepatnya hasad menghapuskan pahala kebaikan yang telah dilakukan).
Dan ketahuilah bahawa hasad itu merupakan penyakit yang parah yang tidak dapat disembuhkan kecuali dengan ilmu dan amal.
3-Pandangan (Mata Hati mahupun Mata Penglihatan)
Orang yang takutkan Allah,pandangannya terjaga dari memandang perkara yang haram (samada dr aspek makan minum ,pakaian mahupun selainnya).Dia juga tidak memandang dunia dengan keinginan kepadanya.Bahkan pandangannya kepada dunia adalah pandangan i'tibar(mengambil pengajaran) dan dia tidak memandang kecuali pada apa yang dihalalkan buatnya.
4-Perut
Orang yang bertaqwa,dia akan sentiasa memastikan perutnya tidak dimasuki perkara yang haram.
5-Tangan
Tangan orang yang bertaqwa tidak terjangkau kepada perkara yang haram bahkan tangannya sentiasa dijangkaukan kepada perkara -perkara yang membawa kepada ketaatan kepada Allah SWT.
6-Kaki
Orang yang bertaqwa ,dia tidak akan menggunakan kakinya untuk berjalan pada jalan kemaksiatan bahkan digunakan kakinya itu untuk jalan ketaatan dan redhaNya serta untuk mendampingi para ulama dan sulaha' (orang-orang yang soleh).
7-Ketaatan
Ketaatan orang-orang yang bertaqwa murni buat Allah SWT.Mereka itu takut sekiranya timbul riya' dan nifaq.
(Tahzib Mukasyafatul Qulub,Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali ,Darul Fajr Litturath -Tahqiq : Syeikh Saad Yusuf Abu 'Aziz, m/s 7-8,Bab keterangan mengenai khauf )
No comments:
Post a Comment